Thursday, 27 December 2012

DOA BELAJAR...

kali nie berpeluang cuti dua minggu untuk wat revision after 2 months posting at PPUM.tapi mood study tu kejap de kejap takde.. nak kata dah pandai..baca x berapa masuk sangat.nak wat macam na kena la baca berulang kali. so many subject must read ..HEADACHE la mcm nie..tapi takpe... kali nie la nak kena study rajin2x..nnt bila habis stdy..kena kerja pulak huhu.. so kita enjoy ngan buku.. hari2x kena say I loVe My Book.

sebelum buka apa2x  buku or nak memulakan sesuatu pekerjaan atau perbuatan ..hendaklah dimulakan dengan Basmalah..dan lepas tu baca doa nie , barulah memulakan visi dan misi iaitu "study not STado" kan kan..


then barulah nak study hard ke study smart ke or apa2x je la.." so, Gud luck to all my fwen wherever u are "sy doakan kita semua berjaya dalam exam nie dan exam akan dtg ..Dengan izin Allah perkara yang mustahil akan terjadi..hope all of us can get DL .. for me too.. AminYa Rabbal Alamin...


Friday, 16 November 2012

Mengasihi sesama manusia

Assalamualaikum ..
   

Daripada Anas r.a, Nabi SAW bersabda: " tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya sendiri" riwayat al-Bukhari  dan Muslim.

Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi SAW bersabda: " sesiapa yang inginkan rezekinya diluaskan dan dipanjangkan usianya, maka jalinkanlah hubungan silaturrahim (dengan ihsan) ." riwayat al-Bukhari dan Muslim.
cinta anugerah dari Allah SWT


 kasih sayang ibu pada anaknya..

al-kisah: membantunya Tanggungjawabku 



Terdetik di hatiku sayu melihat wajah seorang makcik yang kelihatan uzur dan terlantar di hospital, tiada daya untuk mengurus kebersihan dirinya. Walaupun dia tiada daya untuk berjalan dengan baik, tapi dia tetap tidak beralah untuk menunaikan ibadah solatnya. Suaminya tidak pernah jemu untuk menjaganya, Ya Allah betapa kuatnya kasih sayang mereka wlaupun dalam keadaan Engkau menguji mereka ..  aku merasa kagum dengan pasangan ini. 





ketika ketiadaan suaminya kerana pergi menunaikan solat zuhur di surau, kali pertamanya aku dipanggil oleh makcik tu, dia meminta aku membantunya mengambil air wuduk .. aku terpinga2x ..aku kurang ilmu tentang mengambil wudhuk ketika sakit. tapi dalam hati ku kuat mengatakan yang aku benar2x ingin membntunya.. Allah permudahkan dan memberi aku sedikit ilmu mengenai berwudhuk ketika sakit.. makcik itu yang mengajarku... setelah selasai berwudhuk aku menyarungkan telekung padanya.. dan menyelesakannya untuk memudahkannya menunaikan solat dengan tenang.. alhamdulilah... tiba2x hatiku diterpa perasaan gembira kerana telah membantunya.. indah sungguh perasaan yang Allah berikan ... :)

# moral of the story: jangan serik nak tolong orang hihi!! mungkin suatu hari nant kita juga mengalami keadaan seperti itu..



Thursday, 5 July 2012

aSaM p3daS ... nyUmm

ASAM PEDAS

ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG


BAHAN-BAHAN

serai
bawang besar
bawang putih
daun kunyit
cili yang telah di kisar
air asam
air belacan
daun kesum
ikan kembung
bendi
tomato
garam
ajinomoto

cara-cara

1.panaskan minyak
2. tumis bawang besar,bawang putih.
3.masukkan serai,daun kunyit,cili yg dikisar,masukkan air belacan.
4.tambah sedikit garam dan ajinomoto
,air asam jawa, daun kesum, ikan kembung dan last sekali bendi dan tomato.
5.tunggu sehingga masak betul2x.
6. hidangkan setelah siap.

"selamat mencuba"
adaptasi daripada youtube di bawah ...:)

tHe GreAt stOry

NABI DAN SARANG SEMUT

Wednesday, 4 July 2012

kisAH TeLAdaN

Kisah dan Pengajaran daripada al-Quran, al-Hadis & hayatus sahabah.

adaptasi daripada pengarang Zahazan Mohamad.

TAJUK 1 : Taubat Nasuha.



Daripada Abu Abdurrahman, Abdullah bin Umar bin Khattab r.a.  berkata bahawa beliau mendengar Rasulullulah s.a.w. bersabda:
"Dahulu sebelum kamu,ada tiga orang berjalan-jalan kemudian mereka pergi ke sebuah gua untuk berteduh,maka mereka pun masuk ke dalamnya. Kemudian tiba-tiba ada batu dari atas bukit yang bergolek dan menutup pintu gua itu sehingga mereka tidak dapat keluar.

salah seorang daripada mereka berkata:'Sesungguhnya tidak ada yang dapat menyelamatkan kamu daripada bencana ini kecuali apabila kamu sekalian berdoa kepada Allah s.w.t dengan menyebutkan amalan-amalan soleh yang pernah kamu lakukan'.


KASIHKAN IBU BAPA.
orang yang pertama:'Wahai Allah,saya mempunyai ayah dan ibu yang sangat tua.saya biasa memberi minuman susu kepada kedua-duanya dahulu,sebelum saya memberikan kepada keluarga dan anak-anak saya.Pada suatu hari saya terlambat pulang daripada mencari kayu dan saya dapati kedua-duanya sudah tidur.saya terus memrah susu untuk mereka. Kerana saya mendapati mereka berdua tidur maka saya pun tidak mahu membangunkan mereka. Kemudian saya berjanji tidak akan memberi minum susu itu sama ada kepada keluarga mahupun  kepada anak-anak sebelum saya memberi minum kepada ayah bonda.

'Saya menunggu ayah dan bonda, sehingga terbi fajar barulah kedua-duanya bangun sementara anak-anak menangis, mereka datang kepadaku.Setelah mereka bangun,ku berikan minuman susu kepada kedua-duanya.Wahai Allah, jika saya berbuat seperti itu kerana mengharapkan wajah-Mu maka gerakkanlah batu yang menutupi gua ini.' Maka bergeraklah sedikit batu itu tetapi,masih belum membolehkan mereka keluar dari gua tersebut.

KUTOLAK ZINA.
Orang yang kedua:'Wahai Allah s.w.t.,sesungguhnya saya mempunyai saudara sepupu perempuan yang sangat saya cintai,kemudian saya selalu memujuknya untuk melakukan zina tetapi dia selalu menolaknya. Selang beberapa tahun dia ditimpa kesusahan menyebabkan dia datang kepada saya meminta bantuan.Lalu saya berikan kepadanya 120 dinar,dengan syarat dia mahu berzina dengan saya.Kali ini dia berada dalam keadaan terdesak menyebabkan dia bersetuju.

Ketika kami hampir-hampir melakukan perbuatan yang hina itu dalam keadaan saya berada di antara kedua-dua kakinya dia berkata: 'takutlah kamu kepada Allah dan janganlah kau robekkan selaput daraku kecuali dengan cara yang benar.' Kemudian saya meninggalkannya,padahal dia seseorang yang sangat saya cintai dan saya telah meredakan bantuan yang saya berikan kepadanya.Wahai Allah, jika saya berbuat seperti itu kerana mengharapkan redha-Mu,gerakkanlah batu yang menutupi gua ini.' Maka, beregraklah batu itu,lagi sedikit tetapi mereka masih tidak dapat melepaskan diri keluar dari gua itu.

GAJIMU SELURUH HARTA INI.
Orang yang ketiga: 'Wahai Allah s.w.t., saya menggaji beberapa orang pekerja dan semuanya saya bayar gaji mereka dengan sempurna kecuali ada seorang yang menghilangkan dirinya,meninggalkan saya dan tidak mengambil gajinya terlebih dahulu.Kemudian gaji itu, saya laburkan dalam perniagaan sehingga menjadi banyak. Selang beberapa lama dia datang dan berkata 'Wahai hamba Allah, berikanlah gaji saya yang dulu itu.'Saya berkata:'semua yang kamu lihat itu baik unta,lembu,kambing termasuklah budak yang menggembalanya ialah gajimu.'

Dia berkata,'Wahai hamba Allah,janganlah engkau mempermainkan saya.' Saya menjawab,' Saya tidak mempermainkan kamu.' Kemudian dia pun mengambil semuanya dengan tidak meninggalkan sisa sedikit pun.'Wahai Allah, jika saya berbuat itu kerana mangharap redha-Mu.maka gerakkanlah batu itu.'Akhirnya batu itu pun bergerak dan mereka dapat keluar dari dalam gua.

PENGAJARAN DARI KISAH INI...

# Memanjatkan doa pada saat-saat genting dan sukar kepada Allah s.w.t.
# Keutamaan berbuat baik kepada ibu bapa.
# Bertanggungjawab dalam menjalankan amanah yang diberikan kpd kita..



"semoga kisah ini memberi pengajaran kepada kita bersama dalam mengaplikasikan dalam kehidupan kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini "


'sharing is caring ^^' ceQ m!3ra.



let's maKe cak3

moist kek


RESEPI MY MUMMY..


KEK COKLAT

BAHAN-BAHAN.


  1. 1 KETUL BUTTERCUP
  2. 1 CAWAN SUSU PEKAT
  3. 1 CAWAN AIR
  4. 1 CAWAN COKLAT
  5. 3 BIJI TELUR
  6. 1 cawan gula
  7. 3 cawan tepung gandum
  8. 1 sudu kecil soda bicarbonat 
  9. 1 sudu kecil baking powder
  10. 1 sudu kecil esen vanilla
CARA-CARA:_

1. 1 ketul buttercup ,1 cawan susu pekat,1 cawan air,1cawan coklat >cairkan atas kuali sehingga sebati

2. selepas tu putarkan 3biji telur dengan 1 cawan gula dalam bekas.
masukkan 3 tepung gandum diselang-selikan dengan bahan diatas.
masukkan 1 sudu kecil soda bicarbonat , baking powder dan esen vanilla.
kukus dalam acuan selama 45 minit..

#peringatan: kalau nak kukus tu lapik plastik dalam loyang..



LAU NAK WAT TOPPING


nie bhannya..: ukuran sesuka hati..

coklat cair + butter sikit + susu..





            "selamat mencuba dan jangan lupa baca

 bismillah dahulu sebelum memulakan sesuatu 

perkara ye "ceQ miEra.



jUm p Amek lEsen

!nfO toink2x ^^


Bengkel motosikal    

 # Teori 3 hours + praktikal 3 hours  


markah untuk ujian praktikal :
terbahagi kepada tiga bahagian :-

  1. Bahagian 1 : ujian undang-undang/ teori -lulus 42/50
  2. Bahagian 2 : ujian praktikal (5 olahgerak)
  3. Bahagian 3 : ujian praktikal (jalan raya)

Monday, 2 July 2012

hEnceM boY


w4nT3d in my Fam!Ly..


nama: Rayyan Qayyum
tarikh : 10 0kt

berat : 2.7 kg.
 # buah hati mama aq ..







kelahirannya amat kami sekeluarga nantikan..mana tidaknya, lama sangat kami xdak ahli baru... Tup tup, umo aq 20-an lahir pulak c kenit comey nie...

#dye paling comel dalam family.. putih mcm mat saleh celup..dah nama pun ala2x mat saleh gitu.. x heran la kan..belum tengok time dye menangis..peh habis merah mata , bibir , pipi... memang sah putih kan... hikhik..

detik bermulanya sehingga kelahirannya..

20/10.. KHAMIS..

2300 :mama aq pada mulanya tidak sedar pun .

0600: selepas solat subuh mama pun bagitau ayah yang dye rasa nak pergi hospital.. ayah dah kelam kabut ingat nak beranak..

setelah berjupa doktor..

0800: Dr memberitahu mama yang baby ada beberapa percen je nak hidup..sebab tekanan jantung sangat low .. apalagi rush terus masuk emergency for operation..
mama takut sangat , hanya ALlah je tahu keadaan mama ku saat itu..
setelah beberapa jam kemudian..

alhamdulilah baby boy selamat dilahirkan alhamdulilah.. Allah SWT memberi kesempetan pada adeQ rayyan untuk menikmati kehidupan lagi.. 

tak tergambar perasaan cemas ku ketika saat diberitahu mama dan baby sedang bertarung nyawa di dalam dewan bedah.. ramai sedara mara turut mendoakan keselamatan mereka di saat genting itu..

syukur...sekarang adeq RAyyan comel sudah masuk * bulan..semakin sihat dan semakin tampan hikhik..like kakak like adik..


"so, dalam apa jua kesulitan yang mendatang dalam hidup kita, jangan mudah cepat berputus asa.. sentiasa berdoa dan tawakal pada Allah SWt ..kerana ALLAh SWT sahaja yang layak menentukan hidup mati seseorang itu.."  CeQ miera

doN't smoke okeY!!


 

                                               aq "c4rbOn mOnOx!d3"


aq la asap tu !!
  
 menariknya tentang ku :-
  • colourless.
  • odourless.
  • tasteless.

Aq suka sangat menjadi bahan toksik pada manusia. Lagipun , bukan salah aq mereka mendapat penyakit kerana kemahuan mereka sendiri yang membuat mereka merana.....  
 *pengakuan encik carbon monoxide..
Aq saja je nak share tentang monoxide.. aq ingat benda tu remeh je kut.. ala ada apa ngan carbon monoxide aka CO... itulah pandangan aq tentang gas power nie... tetapi selepas aq kena ceramah ngan lecturer aq tentang gas power nie... barulah aq sedar betapa penting nye kita take care urself from this super power gas.

# seingat aku lah , apa yang aku baca tentang Mr CO nie... dye lebih cepat nak melekat dengan  Madam haemoglobin (Hb) berbanding Mrs Oxy.. bila Mr Co + Mdm Hb kesian la pada  
Mrs Oxy.. terjejas la delivery Mrs Oxy ke dalam badan HUman... 

>>> kesannya..our heart and liver must work hard so much to pump our blood...
    keciannya mesti penat kan..akhirnya kalau kronik bangat alamatnya penyakit         jantung..

      so,beware with Mr CO ^^..