Wednesday, 4 July 2012

kisAH TeLAdaN

Kisah dan Pengajaran daripada al-Quran, al-Hadis & hayatus sahabah.

adaptasi daripada pengarang Zahazan Mohamad.

TAJUK 1 : Taubat Nasuha.



Daripada Abu Abdurrahman, Abdullah bin Umar bin Khattab r.a.  berkata bahawa beliau mendengar Rasulullulah s.a.w. bersabda:
"Dahulu sebelum kamu,ada tiga orang berjalan-jalan kemudian mereka pergi ke sebuah gua untuk berteduh,maka mereka pun masuk ke dalamnya. Kemudian tiba-tiba ada batu dari atas bukit yang bergolek dan menutup pintu gua itu sehingga mereka tidak dapat keluar.

salah seorang daripada mereka berkata:'Sesungguhnya tidak ada yang dapat menyelamatkan kamu daripada bencana ini kecuali apabila kamu sekalian berdoa kepada Allah s.w.t dengan menyebutkan amalan-amalan soleh yang pernah kamu lakukan'.


KASIHKAN IBU BAPA.
orang yang pertama:'Wahai Allah,saya mempunyai ayah dan ibu yang sangat tua.saya biasa memberi minuman susu kepada kedua-duanya dahulu,sebelum saya memberikan kepada keluarga dan anak-anak saya.Pada suatu hari saya terlambat pulang daripada mencari kayu dan saya dapati kedua-duanya sudah tidur.saya terus memrah susu untuk mereka. Kerana saya mendapati mereka berdua tidur maka saya pun tidak mahu membangunkan mereka. Kemudian saya berjanji tidak akan memberi minum susu itu sama ada kepada keluarga mahupun  kepada anak-anak sebelum saya memberi minum kepada ayah bonda.

'Saya menunggu ayah dan bonda, sehingga terbi fajar barulah kedua-duanya bangun sementara anak-anak menangis, mereka datang kepadaku.Setelah mereka bangun,ku berikan minuman susu kepada kedua-duanya.Wahai Allah, jika saya berbuat seperti itu kerana mengharapkan wajah-Mu maka gerakkanlah batu yang menutupi gua ini.' Maka bergeraklah sedikit batu itu tetapi,masih belum membolehkan mereka keluar dari gua tersebut.

KUTOLAK ZINA.
Orang yang kedua:'Wahai Allah s.w.t.,sesungguhnya saya mempunyai saudara sepupu perempuan yang sangat saya cintai,kemudian saya selalu memujuknya untuk melakukan zina tetapi dia selalu menolaknya. Selang beberapa tahun dia ditimpa kesusahan menyebabkan dia datang kepada saya meminta bantuan.Lalu saya berikan kepadanya 120 dinar,dengan syarat dia mahu berzina dengan saya.Kali ini dia berada dalam keadaan terdesak menyebabkan dia bersetuju.

Ketika kami hampir-hampir melakukan perbuatan yang hina itu dalam keadaan saya berada di antara kedua-dua kakinya dia berkata: 'takutlah kamu kepada Allah dan janganlah kau robekkan selaput daraku kecuali dengan cara yang benar.' Kemudian saya meninggalkannya,padahal dia seseorang yang sangat saya cintai dan saya telah meredakan bantuan yang saya berikan kepadanya.Wahai Allah, jika saya berbuat seperti itu kerana mengharapkan redha-Mu,gerakkanlah batu yang menutupi gua ini.' Maka, beregraklah batu itu,lagi sedikit tetapi mereka masih tidak dapat melepaskan diri keluar dari gua itu.

GAJIMU SELURUH HARTA INI.
Orang yang ketiga: 'Wahai Allah s.w.t., saya menggaji beberapa orang pekerja dan semuanya saya bayar gaji mereka dengan sempurna kecuali ada seorang yang menghilangkan dirinya,meninggalkan saya dan tidak mengambil gajinya terlebih dahulu.Kemudian gaji itu, saya laburkan dalam perniagaan sehingga menjadi banyak. Selang beberapa lama dia datang dan berkata 'Wahai hamba Allah, berikanlah gaji saya yang dulu itu.'Saya berkata:'semua yang kamu lihat itu baik unta,lembu,kambing termasuklah budak yang menggembalanya ialah gajimu.'

Dia berkata,'Wahai hamba Allah,janganlah engkau mempermainkan saya.' Saya menjawab,' Saya tidak mempermainkan kamu.' Kemudian dia pun mengambil semuanya dengan tidak meninggalkan sisa sedikit pun.'Wahai Allah, jika saya berbuat itu kerana mangharap redha-Mu.maka gerakkanlah batu itu.'Akhirnya batu itu pun bergerak dan mereka dapat keluar dari dalam gua.

PENGAJARAN DARI KISAH INI...

# Memanjatkan doa pada saat-saat genting dan sukar kepada Allah s.w.t.
# Keutamaan berbuat baik kepada ibu bapa.
# Bertanggungjawab dalam menjalankan amanah yang diberikan kpd kita..



"semoga kisah ini memberi pengajaran kepada kita bersama dalam mengaplikasikan dalam kehidupan kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini "


'sharing is caring ^^' ceQ m!3ra.



No comments:

Post a Comment