Friday, 16 November 2012

Mengasihi sesama manusia

Assalamualaikum ..
   

Daripada Anas r.a, Nabi SAW bersabda: " tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya sendiri" riwayat al-Bukhari  dan Muslim.

Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi SAW bersabda: " sesiapa yang inginkan rezekinya diluaskan dan dipanjangkan usianya, maka jalinkanlah hubungan silaturrahim (dengan ihsan) ." riwayat al-Bukhari dan Muslim.
cinta anugerah dari Allah SWT


 kasih sayang ibu pada anaknya..

al-kisah: membantunya Tanggungjawabku 



Terdetik di hatiku sayu melihat wajah seorang makcik yang kelihatan uzur dan terlantar di hospital, tiada daya untuk mengurus kebersihan dirinya. Walaupun dia tiada daya untuk berjalan dengan baik, tapi dia tetap tidak beralah untuk menunaikan ibadah solatnya. Suaminya tidak pernah jemu untuk menjaganya, Ya Allah betapa kuatnya kasih sayang mereka wlaupun dalam keadaan Engkau menguji mereka ..  aku merasa kagum dengan pasangan ini. 





ketika ketiadaan suaminya kerana pergi menunaikan solat zuhur di surau, kali pertamanya aku dipanggil oleh makcik tu, dia meminta aku membantunya mengambil air wuduk .. aku terpinga2x ..aku kurang ilmu tentang mengambil wudhuk ketika sakit. tapi dalam hati ku kuat mengatakan yang aku benar2x ingin membntunya.. Allah permudahkan dan memberi aku sedikit ilmu mengenai berwudhuk ketika sakit.. makcik itu yang mengajarku... setelah selasai berwudhuk aku menyarungkan telekung padanya.. dan menyelesakannya untuk memudahkannya menunaikan solat dengan tenang.. alhamdulilah... tiba2x hatiku diterpa perasaan gembira kerana telah membantunya.. indah sungguh perasaan yang Allah berikan ... :)

# moral of the story: jangan serik nak tolong orang hihi!! mungkin suatu hari nant kita juga mengalami keadaan seperti itu..