Tuesday, 3 September 2013

STORY OF AL Asr



secebis ungkapan ^^


Kelas usrah fitrah bersama ustaz Rusydi Ramli Aljauhari membedah surah Al Asr (demi masa) ~Surah ini tergolong surah Makkiyah (Mekah) dan terdiri atas 3 ayat, kata Al Asr beerti waktu/masa yg diambil dari ayat pertama surah ini. 

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

1.Demi masa
2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh danberpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.



Semua manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman teguh dan beramal soleh, serta suka nasihat menasihati tentang kebenaran serta kesabaran. Orang yang soleh sentiasa menjaga baik hubungan sesama manusia serta hubungan dengan Allah swt. Masa yang berlalu diisi dengan perkara yang berfaedah tanpa membazirkan perkara dengan perbuatan yang sia-sia. Pendek kata sentiasa mengikuti apa yang diperintahkan olehNya dan meninggalkan apa yang dilarang olehNya.

Masa adalah sesuatu yg besar sehingga para hukama (cendiakawan) mengatakan bahawa "masa umpama mata pedang jika kamu tidak memotongnya maka dia akn memotong kamu"

Suatu hari Imam Al-Ghazali berkumpul dgn murid2nya lalu Imam Al-Ghazali bertanya....lalu Imam Al Ghazali meneruskan pertanyaan yg kedua 'apa yg paling jauh dari diri kita di dunia ini?...
Murid2nya ada yg menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang2...
Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jwpn yg mereka berikan adalah benar..tapi yg paling benar adalah 'masa lalu'.Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sbb itu kita harus menjaga hari ini & hari2 yg akn datang dgn perbuatan yg sesuai dgn agama.

Daripada Muaz bin Jabal,Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : Tidak akan berganjak kedua dua kaki seorang hamba di hari kiamat sehingga dia ditanya tentang 4 perkara :
1.Tentang umurnya utk apa dihabiskan
2.Tentang masa muda utk apa dipergunakan
3.Tentang hartanya drpd mana dia dptkan & belanjakan.
4.Tentang ilmu apa yg telah dia amalkan.



Rasulullah sa.w bersabda.
'Ada dua nikmat, dimana byk org tertipu dgn keduanya..iaitu nikmat sihat & waktu lapang (selepas nikmat Iman & Islam)

Makna sebenar IMAN                                                
........Beriman dgn perkara2 ghaib (dosa pahala dll)
.......Beriman dgn akhlak

Dakwah~kita semua pendakwah..dakwah yg terbaik adalah 'Dakwah bil hal' (Lisanul Hal Afdhal mim Lisanil Maqal)
'Dan hendaklah ada diantara kami segolongan umat yg menyeru kpd kebajikan, menyuruh kpd yg ma'ruf & mencegah dr yg munkar, merekalah org2 yg beruntung' "(Surah Ali Imraan ayat 104)



petikan ini diambilfrom fanpage sis heliza helmi :)

No comments:

Post a Comment