Thursday, 3 October 2013

islam itu Indah

Soalan:

Kenapa sy berfikiran negatif je ni? 

Nape akal sy tak rasional mcm org lain? 
Knp sy jd org yg menyalahkan org, salahkan mak ayh sy, salahkan takdir.. 
Nape sy tak berubah...


Jawapan:

Kita kena perasan dalam soalan-soalan ini yang kita ulang ialah: "Kenapa saya, kenapa saya, kenapa saya..."

Maka jawapannya ada pada diri kita yang bertanya.

Ambil masa, muhasabah. Tanya - apa sebenarnya masalah kita?

Bermulalah dengan ibadah. Perkara paling basic. Apakah kita menjaga dan memperbaiki solat kita? Apakah kita membaca Al-Quran sekurang-kurangnya 1ms sehari? Apakah kita berdoa dan sentiasa mengharap kepada Allah?

Manusia yang paling positif hakikatnya adalah orang yang beriman kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda:
"Ajaibnya urusan orang yang beriman, sesungguhnya setiap urusannya adalah baik-baik belaka. Hal itu tidak akan didapati melainkan daripada orang mukmin sahaja. Diberikan anugerah dia bersyukur, maka anugerah itu menjadi baik buatnya(tidak buat dia takabbur, bongkak dan riya'). Ditimpakan ke atasnya musibah dia bersabar, maka musibah itu menjadi baik buatnya(tidak jadi tertekan, putus asa, kecewa dan sebagainya)." Hadith riwayat Muslim.

Maka bagaimana keimanan kita?

Sikap suka negatif sebenarnya berpunca dari keimanan yang bermasalah.

Jika kita berjaya memperbaiki perkara asas ini, kepositifan akan menghampiri diri lantas sikap suka menyalahkan perkara lain akan kita tinggalkan.

Bahkan kita akan mula melihat kekurangan diri, mengenal pasti satu persatu masalah kita dan mula menyusun strategi serta perancangan untuk memperbaikinya.

Capailah dahulu ketenangan.

"Ketahuilah dengan mengingati Allah itu, menenangkan hati-hati." Surah Ar-Ra'd ayat 28.


shared from Hilal asyraf (offficial)

No comments:

Post a Comment