Wednesday, 24 February 2016

Bokitta – PeloporKoleksi Instant Hijab


Umum mengetahui bahawa Bokitta merupakan diantara jenama tudung terawal yang memperkenalkan koleksi instant hijab ke dalam industri fesyen tempatan. Jenama yang berasal dari Beirut ini sememangnya memfokuskan kepada penghasilan koleksi hijab temporari yang mudah dipakai dan bersesuaian dengan gaya wanita moden.
Dengan keluaran koleksi hijab Voila, ia terus menarik perhatian ramai wanita bertudung di Malaysia kerana rekaan tudung yang cukup unik dan mudah dipakai. Voila merupakan koleksi tudung Bokitta yang pertama dengan rekaan tanpa pin tudung dan ia boleh dipakai begitu sahaja!


Selain rekaan hijab yang begitu ringkas dan praktikal, Bokitta turut menitikberatkan soal pemilihan fabrik tudung yang sesuai di pakai di semua iklim khususnya pembeli setia Bokitta di rantau Asia.
Apa yang lebih menarik, koleksi tudung online Bokitta ini juga amat sesuai digayakan oleh semua wanita tidak mengira umur dan latarbelakang. Bukan itu sahaja, ia juga sempurna untuk digayakan ke apa sahaja acara. 


Oleh itu, khusus untuk wanita bekerjaya yang sentiasa sibuk sehinggakan tiada masa untuk menjaga penampilan diri, koleksi hijab Bokitta ini pastinya pilihan yang ideal untuk anda! Kini, anda boleh memiliki koleksi tudung Bokitta Hijab ini secara online dengan hanya melayari laman web ZALORA Malaysia dan menikmati perkhidmatan percuma terus ke rumah anda.Bukan itu sahaja, anda juga boleh membuat pulangan percuma selama 30 hari selepas tarikh pembelian di ZALORA. Selamat membeli-belah!


No comments:

Post a Comment