Friday, 20 May 2016

Bersenam &Bergaya dengan Asics





Kekal selesa dan kelihatan bergaya ketika melakukan aktiviti sukan merupakan bonus bagi semua penggemar sukan lebih-lebih lagi kaum wanita.Siapa yang tidak mahu kelihatan bergaya pada setiap masa kan?  Sedikit info mengenai jenama sukan Asics, ditubuhkan pada tahun 1949, jenama ini merupakan jenama dari  Jepun yang bukan sahaja membawakan koleksi pakaian sukan untuk lelaki dan wanita,
 Asics turut menawarkan aneka pilihan kasut sukan yang terbaik.

Setelah berpuluh tahun membawakan koleksi barangan sukan yang berkualiti kepada para penggiat sukan, koleksi kasut sukan Asics telah dinobatkan menjadi salah satu kasut sukan yang terbaik dalam pasaran sukan dunia.Bukan calang-calang jenama kan?






Di reka dengan menggunakan teknologi yang cukup canggih dan menjanjikan pemakaian yang lancar, koleksi kasut sukan Asics ini turut boleh anda temui dalam pelbagai pilihan warna yang amat menarik.Selain daripada dipakai sebagai kasut sukan, kasut Asics ini turut boleh anda padankan bersama koleksi pakaian kasual anda untuk aktiviti hujungminggu yang santai.

Tampil bergaya dan selesa dengan koleksi yoga pants, baju-t, polo shirts, track suits, sweaters dan banyak lagi koleksi pakaian sukan keluaran Asics yang boleh anda miliki dalam tawaran harga yang cukup berpatutan berbanding jenama-jenama sukan antarabangsa yang lain. Jom bersenam dan bergaya dengan Asics!













No comments:

Post a Comment