Monday, 16 May 2016

Converse Sneakers #OOTD

 Converse Sneakers #OOTD




Sedikit info mengenai jenama Converse; ditubuhkan oleh Marquis Mills Converse dan kemudian di sertai oleh  Chuck Taylor merupakan sebuah syarikat yang menawarkan aneka pilihan kasut atau sneakers. Setelah berpuluh-puluh tahun lamanya berada di dalam pasaran, 
Converse merupakan sebuah jenama yang cukup klasik dan terkenal dengan rekaan sneakers yang vintage.Apa yang menarik, rekaan sneakers Converse ini sesuai digayakan oleh lelaki mahupun wanita dan sehingga kini, koleksi kasut Converse masih menjadi favourite ramai penggemar di seluruh dunia.

Di Malaysia sendiri, butik Converse boleh anda temui di pusat-pusat membeli-belah yang terkemuka di ibu kota. Masih dengan rekaan klasik yang cukup ringkas, Converse Malaysia berjaya menambat hati ramai penggemar dengan membawakan koleksi kasut yang cukup berkualiti dan tahan untuk tempoh yang lama.Jom kita lihat beberapa #OOTD yang menampilkan koleksi Converse sneakers;





The best combination ever. Jeans dan tees merupakan pilihan yang paling ideal untuk tampil bergaya dengan koleksi Converse sneakers.


Atau anda juga boleh menggayakan sneakers tersebut bersama padanan leather pants shirts seperti berikut.


 Erti kata lain, Converse sneakers ini sesuai untuk anda gayakan dengan apa jua pilihan pakaian kasual kegemaran anda.


Bagaimana pula dengan menggayakan sneakers Converse bersama pemakaian dress?


Dan sarungkan leather jackets untuk kelihatan ranggi dan cukup funky!





No comments:

Post a Comment