Friday, 6 May 2016

Fesyen Baju Kurung Pahang Terkini

Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum sememangnya kaya dengan budaya dan tradisi turun-temurun. Bagi kaum Melayu yang merupakan kaum terbesar di Malaysia, terlalu banyak ‘harta peninggalan’ nenek moyang mereka yang masih tetap dijaga dan tidak dilupakan walaupun di era yang serba moden ini. 
Salah satu harta peninggalan tersebut adalah koleksi pakaian tradisional seperti baju kurung.
Dalam masyarakat Melayu, terdapat 3 jenis rekaan baju kurung yang telah mula di pakai sejak berkurun lamanya. Rekaan-rekaan baju kurung tersebut adalah baju kurung pesak, baju kurung kedah dan baju kurung Pahang.
Ketiga-tiga rekaan baju kurung tersebut mempunyai potongan yang berbeza dan masih di pakai sehingga hari ini oleh ramai wanita Melayu terutama sekali ketika musim perayaan.
 Untuk entri kali ini, mari kita lihat fesyen-fesyen 
baju kurung Pahang terkini yang telah diberikan  sentuhan moden;

Seperti rekaan baju kurung Pahang yang asal, potongan baju tersebut adalah tidak berpesak. Ia direka dengan potongan yang agak lebar namun apa yang berlainan adalah jenis rekaan kain yang dilipat pada bahagian hadapan.


Selain itu, anda juga boleh menemui koleksi baju kurung Pahang yang masih tidak berpesak, tetapi berpotongan terlalu lebar dan rekaan pada bahagian lengan juga tidak terlalu longgar.

Terdapat juga koleksi baju kurung Pahang yang diinspirasi daripada rekaan baju kurung Kedah dimana labuh baju tersebut agak senteng tetapi direka tanpa pesak.


;

No comments:

Post a Comment