Friday, 15 July 2016

CINTA TEH O TEH SUSU

CINTA TEH O TEH SUSU


Part 1

Iera terdengar perbualan rakan-rakannya mengenai pembayaran balik PTPTN yang menggenakan denda kepada peminjam yang tegar tidak bayar selepas meminjam. Iera mula memikirkan hutangnya semasa setahun belajar di universiti dahulu masih tertangguh lagi. Iera agak mengeluh memikirkan ptptn ini sangat mebebankannya bukan dia mahu sangat meminjam dengan ptptn tetapi disebabakan keadaan kewangan family yang tidak stabil memaksanya untuk meminjam. Iera tahu ptptn ini sangat licik kerana ia bukan membantu rakyat tetapi agak menyusahkan juga sebab itu mira suka boikot ptptn. Dalam pada masa yang Iera tidak mahu menanggung tunggakan yang akan mebebankannya lagi jika ia tidak mahu membayarnya. Iera pun bersetuju untuk mengikuti rakan-rakannya ke UTC selepas habis waktu bekerja .

Keesokkan harinya, Iera dan rakan lain pergi ke kaunter pengawai keselamatan untuk mengambil nombor giliran. Mak ai garang benar pak cik guard ini memberi arahan supaya setiap orang kena ambil satu seorang nombor bagi mengelakkan daripada masalah jem kat kaunter. Kaunter pun boleh stuck kalau ramai sangat bertanya. Sementara menunggu giliran Iera yg ke 4, Iera sempat lagi memikirkan soalan apa yang harus ditanyakan kepada juru kaunter . Rakan lain sudah di panggil kini giliran Iera ke kaunter .Pada mulanya iera menyangka dia akan mendapat kaunter yang dikendalikan wanita sebab mudah untuk dia berbual. Tetapi dia silap, dye mendapat kaunter sebelah wanita itu, dia terpaksa berhadapan dengan juru kaunter lelaki. Walaupun agak malu, Iera nekad untuk menyelesaikan masalah bayarannya. Bermacam –macam soalan yang ditanya dan dibalas dengan baik oleh juru kaunter itu. Selepas diterangkan oleh juru kaunter itu, Iera mula memikirkan hutangnya mungkin boleh diselesaikan dengan segera jika membayar dahulu menggunakan duit ibu bapanya.  Juru kaunter itu pun bersetuju untuk membantunya bagi menyelesaikannya dengan segera tetapi Iera meminta masa untuk berbincang dengan keluarga dulu. Sementara menunggu rakan-rakan lain menyelesaikan bayaran ptptn, iera masih memikirkan cadangan lelaki itu. Iera agak perasan juga setelah selesai berbual dengan lelaki itu sedang melihat dia dari kaunter. Tetapi iera buat tidak nampak.  Tiba-tiba lelaki itu memanggil iera kembali ke kaunter dan memberikan nombor telefonnya jika sudah membuat keputusan.

Selesai solat isyak, Iera pun menelefon abahnya dan menyatakan hasratnya untuk membuat pembayaran sendiri ptptn tanpa menyusahkan abahnya kerana kewangan abah tidak begitu stabil dan adik-adik yang lain masih bersekolah. Iera pun menghantar mesej kepada encik syamsul untuk memberi kata putus. Encik syamsul faham kenapa Iera tidak mahu untuk membayar terus. Perbualan kami terhenti di situ. Sejak itu, Iera nekad untuk bekerja bagi menyelesaikan hutangnya dengan segera.

Part 2

Rutin harian iera sentiasa sama sahaja pergi dan balik kerja. Walaupun Iera merasa bosan terhadap kerjanya tetapi dia terpaksa buang perasaannya kerana ada hutang yang perlu dia setelkan. Setelah penat pulang kerja, dia menyiapkan dirinya untuk beradu. Tiba-tiba dye menerima pesanan whatsapp daripada en syamsul. Iera pun pelik setahunya dia sudah memberitahu keputusan dia pada minggu lepas. Rupanya en syamsul mesej kali ini kerana ingin mengenalinya. Iera dapt agak sebab pada pertemuan pertama kali di kaunter itu dia merasakan kelakuan en syamsul agak pelik terhadapnya. Kebetulan Iera pun waktu tu bosan sebab asyraf menghilang yang dahulunya menghilangkan rasa bosan. Tetapi kali ini Iera tidak mahu mudahg sangat percaya pada lelaki. Niatnya hanya untuk berkawan biasa sahaja.


To be continued…


:::::::::::::::::Teh o vs teh susu:::::::::::::

“Ingredient asasnye same tp rasanye dan kandungannya ada beza sedikit.. 
Teh o sgt simple cara buatannya dan Agak senang dibuat... Sangat ringkas...cepat & sedap... 
Manakala, teh susu.. Lg sedap kerana cara buatannya Agak sikit complex seperti semakin pekat teh yg direndam, semakin sedap teh susu nnt.. Bahan asas nya pula dilengkapi dengan tambahansusu yg memaniskan dan memberi rasa lemak berkrim... 
Apa yg nak cuba disampaikan di sini.. Teh o dan teh susu walaupun Agak berbeza sikit antara satu sama lain tapi memberi lengkapan rasa yg enak pd seseorg.... Begitu juga kehidupan pasangan yg Allah takdirkan.. Masing2 anda kekurangan dan kelebihan masing2.. Manusia yg berpasangan itu di cipta yg akan melengkapi pasangan masing2..jadi hargai dan terima seadanya pasangan anda ye ".

...............................................................................................................................................................

ini karya pertama ceq miera. jika ada sebarang komen boleh nyatakan diruangan komen. Al maklumlah ceq miera bukan berseni sangat . ini karya suka suki sambil isi masa lapang.nantikan sambungannya nant..