Malaysia yang
terdiri daripada pelbagai kaum sememangnya kaya
dengan budaya dan tradisi turun-temurun. Bagi kaum Melayu yang merupakan kaum terbesar
di Malaysia, terlalu banyak ‘harta peninggalan’ nenek moyang mereka yang
masih tetap dijaga dan tidak dilupakan walaupun di era yang serba moden ini.
Salah
satu harta peninggalan tersebut adalah koleksi pakaian tradisional seperti baju kurung.
Dalam masyarakat Melayu, terdapat 3
jenis rekaan baju kurung yang
telah mula di pakai sejak berkurun lamanya. Rekaan-rekaan baju kurung tersebut adalah baju kurung pesak,
baju kurung kedah dan baju kurung
Pahang.
Ketiga-tiga rekaan baju kurung tersebut mempunyai potongan yang
berbeza dan masih di pakai sehingga hari ini oleh ramai wanita Melayu terutama sekali ketika musim perayaan.
Untuk entri kali ini, mari kita lihat fesyen-fesyen baju kurung Pahang terkini yang telah diberikan sentuhan moden;
Untuk entri kali ini, mari kita lihat fesyen-fesyen baju kurung Pahang terkini yang telah diberikan sentuhan moden;
Seperti rekaan baju kurung Pahang
yang asal, potongan baju tersebut adalah tidak berpesak. Ia direka dengan potongan
yang agak lebar namun apa yang berlainan adalah jenis rekaan kain yang dilipat pada
bahagian hadapan.
Selain itu, anda juga boleh menemui koleksi
baju kurung Pahang yang masih tidak berpesak, tetapi berpotongan terlalu lebar dan
rekaan pada bahagian lengan juga tidak terlalu longgar.
Terdapat juga koleksi baju kurung
Pahang yang diinspirasi daripada rekaan baju kurung Kedah
dimana labuh baju tersebut agak senteng tetapi direka tanpa pesak.
;
No comments:
Post a comment